Bijak Sifir!
Aha! kali ini berkaitan dengan 1 lagi program yang saya sertai. Bijak sifir? bukan bermaksud saya menjadi peserta ye. Saya menjadi salah seorang fasilitator dalam program tersebut yang julung kali diadakan di UKM. Program tersebut berlangsung 2 hari. Tetapi saya dan seorang lagi rakan sekolej saya sempat sehari sahaja atas urusan yang tidak boleh dielakkan.
lucu!
Pelbagai perkara yang amat menggelikan hati saya, memandangkan kebanyakan pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Budak-budak yang masih diperingkat pembesaran pasti banyak kerenahnya. Alhamdulillah, saya lihat ada juga peserta daripada sekolah menengah. Mereka juga tidak berasa segan menuntut ilmu bijak sifir ini bersama-sama adik-adik mereka. Kisah lucu bermula apabila seorang peserta sekolah rendah bertanyakan kepada saya, nama panggilan abdullah(bukan nama sebenar);Abdullah: "abang,siapa sifu taj?" saya: cikgu yang dok ajar kat depan tadi le Abdullah: dia pandai ke? saya: *dalam hati. muahahahaha!! biar betul budak ni. saya: aih~,sebab tu la dia boleh ajar bijak sifir. Abdullah: dia lagi pandai dari adi putra ke? saya: *hati lagi. macam tu sekali hang tanya. hahaha! saya: itu abang tak taw!Sungguhpun saya akui, terdapat segelintir pelajar yang mungkin bosan dengan teknik ini, ada yang berkerut dahinya memikirkan cara nak selesaikan masalah matematik dengan cepat dan cekap, ada yang tidak fokus. fokus! ya fokus, saya agak keletihan melayan 2 orang peserta ini. Dari pengamatan saya, seorang peserta ni agak lemah dalam tambah dan tolak. Masih terkial-kial. Saya memberikan fokus yang lebih kepada irfan. Kata ibunya, dia baru selesai pembedahan laser di matanya. Kemungkinan apa yang diajarkan oleh sifu itu tidak berkesan atau tidak lekat dalam mindanya. Lagi seorang ni, saya tidak ingat namanya. Gaya seperti dipaksa oleh ibu bapa. Siap main roket kertas lagi. saya tanya, "adik tak minat ke dengan program ini?"..... tiada jawapan......